the owner on chickybear blog

My photo
klang, Malaysia
criteria owner this blog..... we're just a simplest N happy go lucky person . Not believe ? Try to KNOW me lahh . Okey,thanks for the visit girl and boy ;)
Daisypath Anniversary tickers

team member's

Saturday, 24 December 2011

NEW SEMESTER!!...COME BACK ;)

chak! chak! chak!
huh!! esok sudah mula ada kelas balik~ huarghh! penyakit malas bangun pagi aku akan bertambah la kali ini....
tahun baru juga akan mendatang... 2012?? oh tidak.... apa azam untuk kali ini..urmm....
tengh dipikir pikir kan..
okeyh, kembali ke tjuk aku... new semester aku kali ini.macam tak percaya pulak dapat satu kelas dengan my sayang..warggghh! best nya,, ta yah la ada yang nak cemburu kali nieyh.. kelas pon dah sama balik kan... ;)
hatiku haay padamu sajalah sayang ! (AZAHAROL)
JANGAN CEMBURU CEMBURU YER.. 
NTI CEPAT TUA TAU!  ;p
hari ini, macam hari biasa juga ta da pape yg special kecuali dapat bersama dengan my sayang yg comel lagy kacak tuh..hahaha...
knp?? korg mesti kata kat aku 'eiih! perasan nye??' kan?? hahaa.. ade kau kesah...??
semua org suke perasan sendiri, jgn asyik nak mngata kat org ja.. ;)
walau macm mane pon die, aku sayang die tau... ;)

Wednesday, 14 December 2011

RESULT

alhamdulillah, akhirnya result semester 2 aku lulus semua..aminnn..~ 
setakat nieyh msih lulus lagy.. 
harap2 samapi ke sudahnya aku lulus...
mcm tak sangka...tpi kne trima lah walaupon tak brape sgt mcm sem lepas..hope aku dapt lebih tgi sem depan..tpi aku jeles sangat2 lah dgn my sayang... die pnye pointer tgi dri aku.. alloorh, down giler rasanya...
ta pa tapa sem depan saya lawan awak blik..!! ;p
huhuhu...
em, tahniah kapda kwan2 yang dapat anugerah dekan...yg aku nieyh bila pon ta tahu lgy...maybe next time kot.... haha.. ;)
btw aku happy dengan ap yg aku dapt....

I MISS MY FREN

ohh i missss my friends so much! huuu. 
lama kot ta jumpa diorang. since amik result spm dulu, then ta jumpe2 dahh. 
yalahh, masing2 busy study.
 hmm hari tu punya lahh plan nak hangout, last2 ta jadi . 
mcm2 hal pulak ade , haishhh. tade rezeki nampaknyaa. sometimes rasa mcm nak flashback balik je zaman2 persekolahan dulu2, hehe . 
seronok! mcm2 karenah kitorang , smpai cikgu pun naik pening. 
hahahhaa. tapi syokk ! huuHU. em cepat je masa berlalu, next year aku dah 20tahun.makin tua dahh aku ni . hehe . 
korg ingt ta mase form 4...
haha kene sound ngn cikgu disiplin. .. haha... 
ade yg tak mahu2 nak menagis... lawak2...! btw, i really2 mis u beb!!
sayang kat korg 
NUR ADIBAH FARHANA, NUR SHAFINA RUZAINIS, NURASYILAH...
wii wii~
korg lah kawan sejati aku...ilysm!! muah muah!




#naikgiladahniegelaksorg2#

Monday, 5 December 2011

DARI MY SAYANG


Bila berlabuh tabir malam indah
Cakerawala pun turut melambai gundah
Pecah duka berganti
Rasa merindu kepadamu

Telah lama diriku dalam leka
Cuba menyintaimu sepenuh jiwa
Sedangkan itu satu
Kewajipanku terhadapmu

Indah mahligai yang menanti
Semakin jauh di jangkauan
Dapatkah aku pulang
Berjiwa suci
Bagai kekasih... dinanti

Masihkah diri ini
Ada ruang beradu
Dalam mahligai
Sedangkan diri
Telah tercemar
Debu dunia

Izinkanlah diriku... izinkan aku
Dekat denganmu kasih... dekat denganmu
Izinkanlah diri... kekasih sejati
Dekat denganmu kasih... kasih...

Sunday, 4 December 2011

CINTAKU PADAMU

awak akan jumpa orang yang lagi baik dari saya , 
awak akan jumpa orang yang cantik dari saya , awak akan jumpa orang yang lagi pandai dari saya , lebih kelakar dari saya , lebih kaya dari saya tapi awak takkan jumpa orang yang sama seperti saya . awak takkan jumpa orang yang boleh buat awak senyum n bahagia  mcm ne saya buat awak, yang boleh awak buli macam mana awak buat dekat saya , tapi saya tahu awak dah buat yang terbaik untuk awak dan masa depan awak .
terima kasih sayang sebab buat saya bahagia selama kita kenal , terima kasih juga sebab ajar saya semua benda  . I LOVE YOU !  


urmmm...
sejak cuti sem saya rindu sangat-sangt kt awak!!
sekarang dah tak boleh nak bergamba sekali dah macam sebelum niiii , jangan kan gambar , keluar selalu pon dah tak kan, lumrahhhh bercinta memang lahhhhh...




mlam yang jiwang pulak....aduii...! ;)

ERTI KAWAN

Entry ni ditujukan khas untuk kawan2 aku, tak kira la kawan2 tadika,kawan2 sekolah rendah,kawan2 
sekolah agama, kawan2 sekolah menengah,. Tak terkira 
banyaknya kawan2 dengan jari tangan dan kaki, sebab jari kaki ade 10, begitu juga jari tangan :P



Aku pasti, 100 percent sure yang setiap orang dalam dunia ada kawan, kalau korang ada facebook misalnya mesti friends korang dah dekat 4000 orang, ramainya kawan korang!. Kawan kat facebook aku cuma 900 lebih je.Hehe. Kalau korang ada twitter pulak,mesti follower korang pun beribu-ribu gak, aku pulak cuma beberapa puluh followers je sebab tak aktif twitter.

Dah nama pun laman social,mestilah korang berinteraksi dengan kawan2, kalau tak, buat apa ada account. Kat blog ni pun kita boleh cari kawan2 baru. Patah tumbuh hilang berganti, kalau kawan lama korang dah tak nak kawan dengan korang lagi, kan ada kawan2 baru.Huhu Sebenarnya aku bukanlah nak bercerita pasal facebook, twitter,blog or segala macam social web yang lain. Aku just nak cerita pasal kawan, sahabat, friends, pengyou blablabla. Adakah korang tahu, sahabat yang baik tu boleh jadi penyelamat kita disaat kita ditimpa bencana? Kalau nak tahu sahabat atau kawan kita betul2 ikhlas kawan dengan kita, tengoklah bila kita ditimpa musibah, dia nak tolong kita ke tak. Kalau dia buat2 bodoh,buat2 tak faham, nampak sangatlah dia bukan sahabat yang baik.Alhamdulilah.Kawan aku semua baik2, susah senang suka duka bersama.Ehem.Kembang diorang kalau baca ni.

Satu lagi,pernah dengar tak, 'setiap diri manusia adalah cermin sahabatnya'. So, kalau kawan kau baik, maka insyallah baik lah kau.Jika x, maka x juga. Jika y, makan y juga.Ok, math disitu.*Benci*. 'Sesungguhnya sahabat yang baik/soleh itu umpama penjual minyak wangi. Jika tak membeli daripadanya pun, kita tetap akan menghidu bau wangi darinya. Sedangkan sahabat yang jahat pula umpama tukang besi, walaupun kita tak terkena percikan api, tetapi kita tetap akan merasai bahang panas dan terhidu bau busuk darinya' Disini aku ingin melahirkan setinggi-tinggi pengucapan tahniah kepada mereka yang bernama sahabat. Jangan lupa jadi sahabat yang baik. Aku pun ingatkan diri aku juga ni.Huhu.Semoga kita bersahabat sampai mati dan sampai syurga. InsyaAllah.Sayang korang lah!!

Saturday, 3 December 2011

SAYANG KITA PADA SEMUA

Lazimnya andai kita mencintai atau merindui seseorang,
 kita mempunyai keinginan untuk memberitahu orang lain. 
Seboleh-bolehnya biar semua orang tahu bahawa kita sedang mencintainya. Hati merasa bahagia andai perasaan itu dapat dikongsikan bersama.
Melalui jaringan sosial seperti Facebook dan Twitter, kita dapat membaca pelbagai luahan mereka yang sedang bercinta. Antaranya:
"Saya sayang abang."
"Saya rindu ibu."
"Saya cinta kamu semua."

Agaknya, bagaimana pula jika Allah mencintai seseorang?
Dalam satu hadis, Rasulullah SAW pernah bersabda :
"Sesungguhnya Allah SWT jika mencintai seorang hamba, maka Dia memanggil malaikat Jibril dan berkata: "Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!" Maka Jibril pun mencintainya, lalu Jibril mengumumkannya kepada seluruh penduduk langit dan berkata: "Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia." Maka seluruh penduduk langit pun mencintainya. Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini." (Hadis Riwayat Bukhari)
MasyaAllah! Lihatlah cinta Allah..Sungguh luar biasa hebat..
Ketika Allah mencintai seseorang, Allah yang Maha Agung tidak cukup dengan hanya mengatakan "Aku cinta si dia!"
Tetapi Allah memaklumkan kepada seluruh makhluk-Nya.
Apa kata Allah dalam hadis tersebut?
"Wahai Jibril, aku mencintai orang ini maka cintailah dia!"
Maka Jibril pun membuat pengumuman :
"Wahai penduduk langit, sesungguhnya Allah mencintai orang ini, maka cintai dia."
Kemudian orang itu pun dicintai oleh segenap makhluk Allah di muka bumi ini.
Oh Ar-Rahman Ar-Rahim, bahagianya mereka yang benar-benar dicintai Allah. Pasti hidup mereka sentiasa tenang dan diberkati.

UNTUKMU SAYANG


Sesungguhnya percintaan itu amat mudah, 
namun pengertian cinta itu amat dalam maknanya.
Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta di situ ada kehidupan, manakala kebencian membawa kepada kemusnahan. ~ Mahatma Ghandi

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, 
dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. 
Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta.
Melihat kebahagiaan orang yang dicintai adalah satu kebahagiaan buat diri kita juga walaupun hanya mampu dipandang dari jauh.

Terputus cinta memang menyedihkan. Harus diingat bahawa perpisahan itu ditentukan oleh jarak dan masa. Kalau bersedih kerana cinta terhalang dan tidak kesampaian, anggaplah kesedihan itu seperti hujan ,walau lebat atau lama sekali pun pasti akan reda jua.

Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”




Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu.


Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

Jangan melarikan diri dari ‘cinta’ apabila ia berada di hadapan kamu. Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, 
ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.


Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu
 bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
 Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.


Kaum lelaki sering mempersoalkan kelemahan wanita kerana sering mengalirkan airmata.
 Tetapi, segagah-gagah dan perwiranya lelaki, 
sedarlah bahawa suatu hari nanti mereka juga akan mengalirkan airmata syahdu kerana satu perkara kecil iaitu kerana CINTA. Alangkah misterinya cinta seorang wanita yg dianggap lemah sehingga boleh mengalirkan airmata seorang wira! Aneh, tetapi itulah hakikatnya.

CINTA DAN KAWAN

Satu hari CINTA & KAWAN berjalan dalam kampung... 
Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga... Kenapa?? Kerana CINTA itu buta.. 
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa?? Kerana... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA !! Di dalam telaga CINTA hilang... Kenapa?? Kerana... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu.. Kenapa?? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia...kan ?? so, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI....


P/S:Walau kita punya couple,teman still paling setia. Walau kita punya harta banyak, teman still paling berharga.

Thursday, 1 December 2011

JOIN CONTEST


hye! aku nak try join this contest!!huhu...
ni first time aku nak join harap berjaya,tak kesah la menang or tak,aku just suke-suke je ;)
okeyh contest ni 
dianjurkan oleh

:)

 Syarat syarat untuk menyertai contest ini


Wajib follow blog muna supaya senang untuk mengetahui perkembangan contest ini .
#Buat satu entri tentang contest ini bertajuk 'CANDID TIME CONTEST'
#Letak banner dekat atas tu dalam entri yang korang buat .
#sertakan satu gambar 'CANDID' korang . tak kisah beramai ramai atau individu .
#Tag 2 orang dan wajib inform dekat diorang tentang contest ini
hadiah untuk dimenangi


1st Place . CAMERA LOMO + TRIPOD 


2nd place . MP3 (boleh pilih nak warna hijau atau hitam)


3rd place . Pendrive Angry Bird 4GB + angry bird keychain

Saguhati . RM10 topap (lima pemenang)



 terbaik kan hadiah?



oleh itu ,aku berbesar hati mempertaruhkan gambar ini!




CMNE?? ok kan...hihi 
oklah  nak tag kat

ok bye ;)

p/s: budax baru,hiihi....
tak pandai nk tag la.... ;(