the owner on chickybear blog

My photo
klang, Malaysia
criteria owner this blog..... we're just a simplest N happy go lucky person . Not believe ? Try to KNOW me lahh . Okey,thanks for the visit girl and boy ;)

team member's

Sunday, 4 December 2011

ERTI KAWAN

Entry ni ditujukan khas untuk kawan2 aku, tak kira la kawan2 tadika,kawan2 sekolah rendah,kawan2 
sekolah agama, kawan2 sekolah menengah,. Tak terkira 
banyaknya kawan2 dengan jari tangan dan kaki, sebab jari kaki ade 10, begitu juga jari tangan :P



Aku pasti, 100 percent sure yang setiap orang dalam dunia ada kawan, kalau korang ada facebook misalnya mesti friends korang dah dekat 4000 orang, ramainya kawan korang!. Kawan kat facebook aku cuma 900 lebih je.Hehe. Kalau korang ada twitter pulak,mesti follower korang pun beribu-ribu gak, aku pulak cuma beberapa puluh followers je sebab tak aktif twitter.

Dah nama pun laman social,mestilah korang berinteraksi dengan kawan2, kalau tak, buat apa ada account. Kat blog ni pun kita boleh cari kawan2 baru. Patah tumbuh hilang berganti, kalau kawan lama korang dah tak nak kawan dengan korang lagi, kan ada kawan2 baru.Huhu Sebenarnya aku bukanlah nak bercerita pasal facebook, twitter,blog or segala macam social web yang lain. Aku just nak cerita pasal kawan, sahabat, friends, pengyou blablabla. Adakah korang tahu, sahabat yang baik tu boleh jadi penyelamat kita disaat kita ditimpa bencana? Kalau nak tahu sahabat atau kawan kita betul2 ikhlas kawan dengan kita, tengoklah bila kita ditimpa musibah, dia nak tolong kita ke tak. Kalau dia buat2 bodoh,buat2 tak faham, nampak sangatlah dia bukan sahabat yang baik.Alhamdulilah.Kawan aku semua baik2, susah senang suka duka bersama.Ehem.Kembang diorang kalau baca ni.

Satu lagi,pernah dengar tak, 'setiap diri manusia adalah cermin sahabatnya'. So, kalau kawan kau baik, maka insyallah baik lah kau.Jika x, maka x juga. Jika y, makan y juga.Ok, math disitu.*Benci*. 'Sesungguhnya sahabat yang baik/soleh itu umpama penjual minyak wangi. Jika tak membeli daripadanya pun, kita tetap akan menghidu bau wangi darinya. Sedangkan sahabat yang jahat pula umpama tukang besi, walaupun kita tak terkena percikan api, tetapi kita tetap akan merasai bahang panas dan terhidu bau busuk darinya' Disini aku ingin melahirkan setinggi-tinggi pengucapan tahniah kepada mereka yang bernama sahabat. Jangan lupa jadi sahabat yang baik. Aku pun ingatkan diri aku juga ni.Huhu.Semoga kita bersahabat sampai mati dan sampai syurga. InsyaAllah.Sayang korang lah!!

No comments:

Post a Comment

give your comment here :)