the owner on chickybear blog

My photo
klang, Malaysia
criteria owner this blog..... we're just a simplest N happy go lucky person . Not believe ? Try to KNOW me lahh . Okey,thanks for the visit girl and boy ;)
Daisypath Anniversary tickers

team member's

Saturday, 25 August 2012

~_~ makan time !

-_- zzZZz..

oppss ! meleleh air liur gue .. hahaha
lama rasenya tak menghupdate date date blog ni kan.. pasti ramai nak tahu perkembangan i ! kan ?? haha..

* gedik! * auucch!
#_# 

bling bling ... huhuhu
okay , merapu merepek malalut dah ni.. 
sebelum tu, meyh tgok gmbr ni ..
kot2 ade yang kenal ke.. kan ??



 haa, korang ade yang kenal ke kat dalam gambar ni ..
 tgok gambar ponnng pasti korang terasa meriah sgt kan ? kan ??
haha, kalau nak tahu ni masa jamuan hari raya group 
ANAK JAWA SELANGOR ..
sape-sape yang teringin join, just taip anak jawa selangor kat fb, pasti jumpe lah ! 
majlis ni berlangsung di 
teratak salah seorang ahli AJS, di Kg Sg Lang Tengah, Kuala Langat Banting ... ..



that me and my mom .. : D
okay , habes .. dah la.. ye.. penat ! tata :*

me , and me, and me again .. :)


Thursday, 16 August 2012

TERUJA !

nak cerita ckit, tadi aku gy library kat shah lam.. ap ye namanya, aku pon lupa ..
hah! baru ingat.. perpustakaan RAJA TUN UDA.., terletak kat area golf tu..
 Kelab Golf Sultan Abdul Aziz..
 tak tahu ? urm.. haa, dekat ptpl shah alam la senang kata .. 
hehe..
tak tahu jugak , cari stadium shah alam.. nanti korang pusing punye pusing pasti jumpe ! 
hahaha


haa,.. ni  view dari tempat parking .. so nice !

  
from inside, masuk-masuk je nampak tenang je ade tasek ni .. 
cube tgok betul-betul nampak ap dari sini ?
[MASJID SHAH ALAM]
tak nampak ? cer klik kat gmbar boleh 
nampak jelas lagy kot..
hehe
tak puas, gy la sana..
hoho
apa yang best kat sini ?


Selain tempat himpunan buku-buku untuk dibaca dan dipinjam, . .
suasana perpustakaan yang tidak santai serta terikat dengan pelbagai peraturan, membuatkan tidak ramai yang memilih perpustakaan sebagai tempat untuk atau menghabiskan masa lapang.
Mereka lebih rela membayar secawan kopi yang berharga RM10 ringgit sambil membaca atau melayari internet di kafe-kafe yang menyediakan wifi percuma.
Bangunan enam tingkat itu dengan keluasan 203,600 kaki persegi, mempunyai reka bentuk dalaman perpustakaan yang menata gaya modern dengan warna-warna terang.


ground floor, .. btw, yang kotak ade gmbar bendera ni aku kurang pasti ini tuk apa.. :O















PANGGUNG WAYANG 3D dan 6D
Jika mahu hiburan di sini, tayangan filem 3 dimensi (3D) turut disediakan. Malah jika mahu yang lebih ektrem terutama mereka yang ingin mencabar diri sendiri, tayangan 6 dimensi (6D) pasti memberi kepuasan.
Penulis sendiri turut berpeluang menonton tayangan 6D pengembaraan menaiki roller coaster yang cukup mendebarkan. Walaupun hanya 4 minit, namun ia cukup mengujakan dan menggoncang jantung.
Awas!, bagi yang mempunyai masalah jantung dan kesihatan anda tidak digalakkan untuk menontonnya.
Hanya perlu membayar RM10 untuk sekali tayangan, bagi yang sihat, sangat rugi jika tidak mencubanya kerana PRTU merupakan perpustakaan pertama yang menyediakan teknologi itu.
Menggunakan teknologi dari Kanada, panggung 6D menyediakan lapan tempat duduk yang boleh bergerak ke kiri dan kanan serta bergoyang.
Selain itu penonton juga akan merasakan suasana panas, sejuk malah hembusan angin di muka seolah-olah sedang menaiki roller coaster yang sebenarnya ketika tayangan itu.
Sementara itu, panggung mini 3D pula menyediakan filem-filem menarik untuk ditonton dengan bayaran yang minimum RM5 ringgit untuk filem-filem biasa, manakala RM7 untuk filem 3D.
Ruang yang mampu memuatkan hampir 20 orang dengan kerusi yang selesa, sesuai untuk tontonan sekeluarga.
Selain itu, bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan ingin kekal sihat, tiga buah gimnasium mini turut disediakan iaitu di aras bawah, aras tiga pula khusus untuk wanita dan aras empat khusus untuk lelaki.
"Di setiap aras, kami sediakan surau untuk kemudahan penggunjung dan setiap kali masuknya waktu solat kami akan membuat pengumuman," katanya.


TAMAN POKOK UNTUK KANAK-KANAK
Melihat sebatang pokok besar di dalam bangunan dan di bawahnya kanak-kanak kecil bermain, ada juga yang membaca buku sambil ditemani ibu bapa merupakan satu pemandangan yang sangat menyejukkan mata.
Warna-warna terang yang menghiasi rak-rak buku dan dinding membangkitkan suasana cukup ceria, sesuai sebagai ruangan kanak-kanak.
Mastura berkata petugas perpustakaan juga turut diberikan kursus keibubapaan agar mereka boleh mengendalikan kanak-kanak dan pengunjung dengan cara yang terbaik.
"Kami mahu petugas melayan kanak-kanak mahupun remaja yang datang umpama anak sendiri. Sekiranya ada terlihat remaja yang berkelakuan tidak elok, mereka boleh menegur dengan cara yang baik, malah jika ada ibu bapa yang mahu meninggalkan anak mereka di sini sementara mereka pergi membeli belah atau atau urusan lain, kami sedia membantu," katanya.
Di bahagian kanak-kanak juga turut disediakan zon kreatif di mana kanak-kanak boleh mencuba bakat sebagai pembaca berita bagi meningkatkan keyakinan diri dan kemudian berpeluang mendengar suara yang dirakamkan.
Selain itu pentas penceritaan serta ruangan untuk permainan Nintendo turut disediakan.Mastura berkata masih banyak lagi yang perlu ditingkatkan di perpustakaan ini terutama buku-buku yang masih kurang.
"Kini kami mempunyai sekitar 190,000 naskah buku berbanding keseluruhan rak yang boleh memuatkan 400,000 buah buku," katanya.
Dibuka tujuh hari seminggu dari pukul 10 pagi hingga 6 petang pada Isnin hingga Jumaat dan 9.30 hingga 5 petang pada Sabtu dan Ahad, jumlah kedatangan pengunjung menunjukkan perkembangan positif sejak ia mula dibuka.
"Kami tidak menyangka akan merima kedatangan pengunjung seramai ini kerana perpustakaan ini hanya mampu memuatkan kira-kira 2,500 pada satu masa, namun sekarang kami menerima sekurang-kurangnya 6,000 pengunjung pada hujung minggu dan 3,000 pengunjung pada hari biasa," katanya.
PRTU yang lama terletak di Seksyen 14, Shah Alam dan lokasi baru di Jalan Kelab Golf, Seksyen 13 ini adalah pilihan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahukan konsep perpustakaan di dalam taman.
Baginda sendiri baru-baru ini turut merasmikan perpustakaan itu yang mula dibuka pada 22 Julai.
Pada perasmian itu, Sultan Selangor bermurah hati mengurniakan sejumlah 1,200 naskhah buku yang merangkumi pelbagai bidang antaranya kepimpinan dalam politik, sejarah, ketenteraan, sukan, muzik, kesenian dan perniagaan yang dibeli baginda di dalam dan luar negara.

100 dah ?

thanks to my our blogger for supporting me !
dan , yang paling membuatkan aku gumbira disebabkan follower aku yang ke-100
thanks to redzualynn !


semoga korang semua rajin-rajin lah jenguk.. kot2 ade info best ker.. hehe 

Sunday, 12 August 2012

AWALNYA :)


aku tahu nanti mesti tak sempat nak update2 blog ni...
okay di kesempatan ni aku ingin mengucapkan selmat hari raya maaf zahir dan batin..
maaf ye, hanya ini yang mampu .. :)
kepada yang pernah aku terkasar bahasa.. mohon maaf dipinta..
yang ingn balik kampung tu, hati-hati dijalan raya yer.. 
ingatlah orang yang sedang menunggu kat kampung tu ..
:)

SELAMAT HARI RAYA SEMUA !! 

adat jawa LAH kan ..


eh ap ni ap ni ??
haa, ni lah dikatakn adat jawa.. orang jawa selalu tak kira menjelang bulan puasa ke, hari raya ke, raya haji ke.. mesti ade buat munjung ni...
ap tak tahu ?
ala, munjung ni macm sedekah kepada jiran-jiran dan saudara mara terdekat 
la senang cakap..... 
salah satu maknan nya ketupat, kuah kacang, masak lodeh, kari daging.. 
dan terpulang kepada tuan rumah tu la nak msak apa.....
pagi tadi adik-beradik sebelah mak , sesama bergotong-royong kat umah tok
 .. sebab nak munjung ni la..




 tgok lah ni mcm kenduri kan ?
agak penat lah msak2 ni. lagi-lagi bulan puasa kan ...




tak cukup dgn kat lua, dalm pon ade jugak.. :)


budak-budak kecil pon turut bantu.. aish! nak jadi chef kot ni.. hehe

























 

mak lang and th big boss.. !



inilah rumah tok aku.. 
bahagian depan..






bahagian belakang,, siap ade taman tau ...
:) 
habes...




Friday, 10 August 2012

bookStoRE :)

bila dah praktikal ni , yang bernama bookstore ke , perpustakaan ke.. pasti tak jejak kan ???
so di kesempatan yang terluang ni .. aku jenguk-jengah bookstore kt jusco bukit tingi..
dah alang-alang berjalan kan ? tbe-tibe nk masuk pulak. 
urmm.. namun.., agak terpingga-pingga bila sampi.. 
datang dengan tiada perangan, hanya cuci mata sahaja lah.. then keluar begitu saja.. :)


hehe .. sempat snap pic lagi tu .. hehe :)