the owner on chickybear blog

My photo
klang, Malaysia
criteria owner this blog..... we're just a simplest N happy go lucky person . Not believe ? Try to KNOW me lahh . Okey,thanks for the visit girl and boy ;)
Daisypath Anniversary tickers

team member's

Thursday, 27 December 2012

just trying :)

BISKUT CHOCOLATE CHIP 

Bahan-bahan :

1/2 lb butter ~ 250 gm ( sebuku)
3/4 cawan gula perang ( maklang guna cawan corelle tu - agak tinggi sikit)
3/4 cawan gula pasir
2 biji telur
2 1/4 cawan tepung gandum
1/2 sd teh soda bikarbonat
4 oz hazelnut yang dah dipotong 8
12 oz choc chip
1 sd tehb vanilla
1/2 sd teh garam halus


Caranya:

1. Pukul butter denga gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul lagi.
3. Masukkan 1 sdt vanilla
4. Pukul lagi.
5. Masukkan tepung dan bikarbonat dan garam. Pukul dengan kelajuan yang perlahan sebab kalau tak nanti habis terbang semua tepung tu.
6. Masukkan kacang dan choc chip dan gaul dengan perlahan sehingga rata.
7. Sudukan ke dalam dulang pembakar. Bakar dalam suhu sekitar 180C ( maklang tak tahu exact sebab oven tu dah tak ada nombor! agak2lah ye) Biskut tu dah masak kalau tengok bawah dia dah agak coklat dan garing.


Nota: Kalau nak rasa lebih coklat boleh jugak letakkan 1 sdb serbuk koko.


Tuesday, 25 December 2012

RAHSIA TARIKH LAHIR :)


Rahsia Tarikh Lahir Kaedah Sains Metafizik.
Mengungkap Rahsia Tarikh Lahir Anda Dengan Menggunakan Kaedah Sains Metafizik Dengan Ketepatan Sehingga 90%. Percayakah Anda, Tarikh Lahir Anda Menceritakan Segalanya.


Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir- Dr Fadhilah Kamsah. 


1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour
Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2


Maka kotak pertama adalah 2..
Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26
Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
2 + 6 = 8


Maka kotak kedua adalah 8..
Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10
Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1


Maka kotak ketiga ialah 1..
hasilnya..


2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin


Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam
diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda
akan menjadi seorang yang berguna.

Sunday, 25 November 2012

CINTA :)

Ku Serahkan Cinta

Ku serahkan segala ketentuan
biarlah masa yg berbicara
dipangku wajah yg layu
dan aku telah jemu..

Aku tidak mahu berpaling
pada yg mengganggu dan menggugat
sapanya meletihkan diri
hadirnya mengundang penat...

Akan ku serah cinta ini bukan lagi pada manusia
kerana cinta martabat itu bersalut segunung kepalsuan dan kepuraan..

Aku semakin tidak peduli
apa yg mungkin akan terjadi
kerana gerak dan tindakan ku mahu bebas dari masalah..

Ku serahkan cinta ini hanya padaMu oh Tuhan..
Akan ku serah cinta bukan lagi pada manusia
kerana cinta martabat itu bersalut segunung kepalsuan dan kepuraan..

Aku adalah aku sekarang
biar terbuang tetap berjuang
akan ku serahkan jiwa ini
sepenuh hati dengan keikhlasan
aku adalah aku yg sekarang..
ku serahkan cinta ini..

Saturday, 10 November 2012

DAMAIKAN HATIKU :)



Bismillah..ya Allah ya tuhanku,ak bersyukur atas pertemuan ini,memberi ku erti sebuah pengharapan..namun, hambaMu ini sering kali terjatuh,tersungkur tersembam ke bumi,dlm menghadapi dugaan ini..Ya Rabbana,menangis hambaMu ini kerana kekecewaan,meski hati ini selalu mngharapkan cintaMu,namun terasa sgt hina hambaMu ini utk menghadapMu ya Izzah,ampuni dosa-dosaku,.terimalah taubat hambaMu ini.Ya Rabbul 'alaminku berdoa padaMu,agar ak dikurniakan peneman hidup,permata yang ku cari, selama ini.dan Engkau pertemukan dia padaku,membuatkan berbunga hatiku.Ya Rahman,jika mmg Engkau takdirkan dirinya utkku,pertemukanlah hatinya dengan hatiku,satukanlah kami dibawah rahmatMu,berkatilah kami wahai tuhanku,jika dia bukan milliku,damaikanlah hatiku dgn ketentuanMu,andai ini pengorbananku,meski mgalir air mataku,walau hancur hatiku,walau kecewa beribu,namun ak tahu,itulah ketentuanMu,ya Allah,jadikanlah aku hambaMu yang teguh dalam menghadapi dugaan ini,hambaMu ini tidak mampu berkorban seperti Nabi2 Mu,Jauh sekali berkorban seperti RasulMu,hambaMu yang lemah ini,seringkali menangis bila tersungkur.ya Allah,ku mohon padaMu,kuatkanlah hatiku,mantapkanlah imanku,jika ini takdirku,ak redha dgn ketentuanMu.

Saturday, 22 September 2012

SHooT TO SEREMBAN :)

haaa.. nak thu nape?  ..
hari ni aku turun seremban .. ikut kak alis [my technision]
okay, gy seremban bukan nak enjoy ye.. hehee
tapi ade hal mustahak yang perlu diselesaikan .. 
semoga perjalanan kami di permudahkan ... 
amin .. ok bubbye ! out lu ! :)

Friday, 21 September 2012

makan dan makan -_-

JAMUAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN KUALA LANGAT 
[tempat LI aku ]
malas citer banyak .. tgok gambar dah memadai kan kan ??


kambing golek , ..
menu special lah katakan .. 
tapi ! seriusly aku  TAK MINAT !! : P


bertungkus lumus menghias .. hahaha
tu die siap pnjat tangga tinggi nuh ...
dan...
antara gerai-gerai yang sedang 'DIPERHIASKAN'  
maklum lah, ade pertandingan gerai tercantik kan ...




ni GERAI AKU ..
simple jer..














habes ... :)


Wednesday, 19 September 2012

INOVASI -_-

Today , .. im very very very tired !!
aaahhhhh ! damn !
hehe .. u know ??
ini semua gara-gara MAJLIS INOVASI DAN KECEMERLANGAN JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR ... yang bertempat di DEWAN MEGAWATI, KEDIAMAN RASMI MENTERI BESAR SELANGOR, SEKSYEN 7, JALAN PERMATA 7/1, SHAH ALAM.
Haa, aku praktikal ni pon terlibat sekali dalam majlis ni ,...


huhuhu, btw ni pengalaman yang best buat aku la.. walaupon penat bagai nak rak ! hehehe
bnda2 mcm ni la, makin mengeratkan hubungan silaturrahim antara orang2 kat pejabat ! i loike it ! huhuhu
jap aku tunjuk ni ..


 PON .. PONN .. haha, macm best je naik bas ni kan ??
tapi ktorang tak naik bas .. naik pajero JPS , ni daerah mane tah naik bas... :)


atas bukit kan , so.. jogging jap la kan.. pajero tak leh bwak naik atas..


ni la dia, suasana dalam dewan ..
dah namanya ponggg, jabatan pengairan dan saliran .. baju pon nak sama warna air laa...
BIRU ~
time ni, tgah tunggu pengarah sampai, pastu ade sorang lelaki ni duk melalut pa pon tak tahu.. tgok sekeliling semua buat hal masin2.. hahaha
kecian die. tak dilayan ponnn...
anyway, apa yg dia sampai kan itu ade juak baik nya.. hehe
aku dgr jugak apa die cakap...
tak lama pastu, pengarah sampai.. dan after that, ktorang bgn dan myusur tepi depan.. akhirnya sampai kat destinasi..
iaitu... menjadi pengiring lagu selangor, negaraku dan malaysia inovtif ...
baru lah.. acara bermula...
penyampai anugerah mereka yang cemerlang perkhidmatan ....
jamuan makan dan bersurai .. selesai majlis bagi belah petang ...


saya dan kak harisah


abang-abang technicion yang happy go lucky .. ! haha. kalu tak da mereka .. memng suram je suasana..
hehe .. mcm mcm ragam eh !
:)
makanan ditaja oleh :


sebelah malam ade jamuan hari raya dan penyampaian anugerah pesara dan perkhidmatan 
yang ke 25 tahun ...
majlis petang tadi jemputan terhad ..
majlis malam pula terbuka untuk semua...
lebih kurang pukul 5ptg, majlis selelsai.. dan sementara tunggu malam ...
kami berkampung di HOTEL DE PALMA,SHAH ALAM ..





ap? mgumpat aku yer.. sebab bnda alah ni.. haaa..
ala, bnda free , amik jela.. hahaha
: P



Sunday, 16 September 2012

last syawal :)

di hening subuh, terdengar azan berkumndang ... *ecceehh waaahh*
cuaca hari ni pon, hujan lebat , renyai-renyai, lebat lagi ... dan lagi .. then dekat ptg  baru benti ....
pejam celik pejam celik ! aik ??
dah habes raya ?
ala.. baru je rasanya semalam raya ..
dah habes dah ...
:)
papepon sebelum terlambat nak ucapkan selamat hari malaysia ! kepada semua  ... 
apa aku melalut ni kan ?? mula-mula raya, ni hari malaysia pulleekk ...
eh ? korang tak tahu ke, hari ni brape hari bulan ??
16 sept maaa... 
tak kan tak tahu ??

meh refresh mata anda dulu dgn bendera MALAYSIA ...


haaa , ingat ? ingat ?
hehe .. :)
tapi hari ni aku ade jugak menghadiri  jamuan makan anjuran bekas pelajar SMKTPG tahun brape tah .. haha. aku lupe , 
yang penting semmuaaaa nya, kawan ayah aku .. meh aku tunjuk gmbar ..
malas berceloteh banyk sgt kat cni ..





tgok ah , ragam depa.. haihhh :)

Sunday, 2 September 2012

one of them -_-








hehe.. ni je nak bagitahu, .. tah macm mane kan aku tergerak nak menjadi blogger selangor.. hehe
btw, thanks sape yang tubuhkan group ni :)
anak jati selangor !! 
cayalah ! hahahha

kerenah !





 ...... TEEETT , NI JE NAK TUNJUK !
BUBBYE .. :)

Saturday, 25 August 2012

~_~ makan time !

-_- zzZZz..

oppss ! meleleh air liur gue .. hahaha
lama rasenya tak menghupdate date date blog ni kan.. pasti ramai nak tahu perkembangan i ! kan ?? haha..

* gedik! * auucch!
#_# 

bling bling ... huhuhu
okay , merapu merepek malalut dah ni.. 
sebelum tu, meyh tgok gmbr ni ..
kot2 ade yang kenal ke.. kan ??



 haa, korang ade yang kenal ke kat dalam gambar ni ..
 tgok gambar ponnng pasti korang terasa meriah sgt kan ? kan ??
haha, kalau nak tahu ni masa jamuan hari raya group 
ANAK JAWA SELANGOR ..
sape-sape yang teringin join, just taip anak jawa selangor kat fb, pasti jumpe lah ! 
majlis ni berlangsung di 
teratak salah seorang ahli AJS, di Kg Sg Lang Tengah, Kuala Langat Banting ... ..



that me and my mom .. : D
okay , habes .. dah la.. ye.. penat ! tata :*

me , and me, and me again .. :)


Thursday, 16 August 2012

TERUJA !

nak cerita ckit, tadi aku gy library kat shah lam.. ap ye namanya, aku pon lupa ..
hah! baru ingat.. perpustakaan RAJA TUN UDA.., terletak kat area golf tu..
 Kelab Golf Sultan Abdul Aziz..
 tak tahu ? urm.. haa, dekat ptpl shah alam la senang kata .. 
hehe..
tak tahu jugak , cari stadium shah alam.. nanti korang pusing punye pusing pasti jumpe ! 
hahaha


haa,.. ni  view dari tempat parking .. so nice !

  
from inside, masuk-masuk je nampak tenang je ade tasek ni .. 
cube tgok betul-betul nampak ap dari sini ?
[MASJID SHAH ALAM]
tak nampak ? cer klik kat gmbar boleh 
nampak jelas lagy kot..
hehe
tak puas, gy la sana..
hoho
apa yang best kat sini ?


Selain tempat himpunan buku-buku untuk dibaca dan dipinjam, . .
suasana perpustakaan yang tidak santai serta terikat dengan pelbagai peraturan, membuatkan tidak ramai yang memilih perpustakaan sebagai tempat untuk atau menghabiskan masa lapang.
Mereka lebih rela membayar secawan kopi yang berharga RM10 ringgit sambil membaca atau melayari internet di kafe-kafe yang menyediakan wifi percuma.
Bangunan enam tingkat itu dengan keluasan 203,600 kaki persegi, mempunyai reka bentuk dalaman perpustakaan yang menata gaya modern dengan warna-warna terang.


ground floor, .. btw, yang kotak ade gmbar bendera ni aku kurang pasti ini tuk apa.. :O















PANGGUNG WAYANG 3D dan 6D
Jika mahu hiburan di sini, tayangan filem 3 dimensi (3D) turut disediakan. Malah jika mahu yang lebih ektrem terutama mereka yang ingin mencabar diri sendiri, tayangan 6 dimensi (6D) pasti memberi kepuasan.
Penulis sendiri turut berpeluang menonton tayangan 6D pengembaraan menaiki roller coaster yang cukup mendebarkan. Walaupun hanya 4 minit, namun ia cukup mengujakan dan menggoncang jantung.
Awas!, bagi yang mempunyai masalah jantung dan kesihatan anda tidak digalakkan untuk menontonnya.
Hanya perlu membayar RM10 untuk sekali tayangan, bagi yang sihat, sangat rugi jika tidak mencubanya kerana PRTU merupakan perpustakaan pertama yang menyediakan teknologi itu.
Menggunakan teknologi dari Kanada, panggung 6D menyediakan lapan tempat duduk yang boleh bergerak ke kiri dan kanan serta bergoyang.
Selain itu penonton juga akan merasakan suasana panas, sejuk malah hembusan angin di muka seolah-olah sedang menaiki roller coaster yang sebenarnya ketika tayangan itu.
Sementara itu, panggung mini 3D pula menyediakan filem-filem menarik untuk ditonton dengan bayaran yang minimum RM5 ringgit untuk filem-filem biasa, manakala RM7 untuk filem 3D.
Ruang yang mampu memuatkan hampir 20 orang dengan kerusi yang selesa, sesuai untuk tontonan sekeluarga.
Selain itu, bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan ingin kekal sihat, tiga buah gimnasium mini turut disediakan iaitu di aras bawah, aras tiga pula khusus untuk wanita dan aras empat khusus untuk lelaki.
"Di setiap aras, kami sediakan surau untuk kemudahan penggunjung dan setiap kali masuknya waktu solat kami akan membuat pengumuman," katanya.


TAMAN POKOK UNTUK KANAK-KANAK
Melihat sebatang pokok besar di dalam bangunan dan di bawahnya kanak-kanak kecil bermain, ada juga yang membaca buku sambil ditemani ibu bapa merupakan satu pemandangan yang sangat menyejukkan mata.
Warna-warna terang yang menghiasi rak-rak buku dan dinding membangkitkan suasana cukup ceria, sesuai sebagai ruangan kanak-kanak.
Mastura berkata petugas perpustakaan juga turut diberikan kursus keibubapaan agar mereka boleh mengendalikan kanak-kanak dan pengunjung dengan cara yang terbaik.
"Kami mahu petugas melayan kanak-kanak mahupun remaja yang datang umpama anak sendiri. Sekiranya ada terlihat remaja yang berkelakuan tidak elok, mereka boleh menegur dengan cara yang baik, malah jika ada ibu bapa yang mahu meninggalkan anak mereka di sini sementara mereka pergi membeli belah atau atau urusan lain, kami sedia membantu," katanya.
Di bahagian kanak-kanak juga turut disediakan zon kreatif di mana kanak-kanak boleh mencuba bakat sebagai pembaca berita bagi meningkatkan keyakinan diri dan kemudian berpeluang mendengar suara yang dirakamkan.
Selain itu pentas penceritaan serta ruangan untuk permainan Nintendo turut disediakan.Mastura berkata masih banyak lagi yang perlu ditingkatkan di perpustakaan ini terutama buku-buku yang masih kurang.
"Kini kami mempunyai sekitar 190,000 naskah buku berbanding keseluruhan rak yang boleh memuatkan 400,000 buah buku," katanya.
Dibuka tujuh hari seminggu dari pukul 10 pagi hingga 6 petang pada Isnin hingga Jumaat dan 9.30 hingga 5 petang pada Sabtu dan Ahad, jumlah kedatangan pengunjung menunjukkan perkembangan positif sejak ia mula dibuka.
"Kami tidak menyangka akan merima kedatangan pengunjung seramai ini kerana perpustakaan ini hanya mampu memuatkan kira-kira 2,500 pada satu masa, namun sekarang kami menerima sekurang-kurangnya 6,000 pengunjung pada hujung minggu dan 3,000 pengunjung pada hari biasa," katanya.
PRTU yang lama terletak di Seksyen 14, Shah Alam dan lokasi baru di Jalan Kelab Golf, Seksyen 13 ini adalah pilihan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahukan konsep perpustakaan di dalam taman.
Baginda sendiri baru-baru ini turut merasmikan perpustakaan itu yang mula dibuka pada 22 Julai.
Pada perasmian itu, Sultan Selangor bermurah hati mengurniakan sejumlah 1,200 naskhah buku yang merangkumi pelbagai bidang antaranya kepimpinan dalam politik, sejarah, ketenteraan, sukan, muzik, kesenian dan perniagaan yang dibeli baginda di dalam dan luar negara.